Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
MELBOURNE, AUSTRALIA – Seorang ibu berkongsi kisah bagaimana anak perempuannya yang berusia 13 telah dibuli, kemudian dirogol oleh dua remaja lelaki yang lebih darinya sebelum mangsa mengambil tindakan membunuh diri dua tahun selepas kejadian itu.
“Cass tidak mengenali dua lelaki berkenaan. Dia dirogol secara bergilir-gilir sementara salah seorang mereka berjaga di pintu depan. Cass terlalu takut untuk memberi kenyataan kepada pihak berkuasa kerana bimbang keselamatan dirinya dari kumpulan terbabit,” kata ibunya.
“Saya tidak berdaya melihat anak kesayangan saya pergi di depan mata saya sendiri, didera secara mental dan fizikal sehingga dia jarang bangkit dari katilnya, sehingga dia tidak mampu menanggung penderitaan dan azab yang si pelaku telah lakukan padanya.
“Saya bukan kejam atau pendendam tetapi saya harap awak takkan maafkan diri awak dan tidak akan lupa nama Cassidy Trevan. Kejadian buli ini telah membunuh anak saya. Gejala buli ini mesti ditangani secara serius,” kata ibunya. – The Reporter











