Anak kepada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, dilaporkan diserang secara fizikal oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, hari ini.
Difahamkan, insiden itu berlaku di kawasan tempat letak kereta pusat beli-belah berkenaan pada jam 1.30 tengah hari.
Memetik laporan Malaysiakini, Rafizi mengesahkan kejadian tersebut namun enggan mengulas lanjut.
“Sedang diperiksa (oleh pasukan perubatan) dan akan diletakkan bawah pemerhatian,” katanya.
Baca juga:
- ‘Bola-bola juga, ibadat dan tanggungjawab jangan diabaikan’ – Dr Zulkifli
- SPR umum tarikh PRN Johor 11 Julai, Negeri Sembilan 1 Ogos
- Kisah lelaki Johor temui makna kehidupan di Terengganu
Setakat ini, maklumat terperinci berhubung serangan tersebut masih belum diperoleh dan motif kejadian juga belum diketahui.
Difahamkan, Rafizi dan pihak berkuasa akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu dalam masa terdekat.








