Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Semasa menempuh perjalanan yang jauh, anak-anak sering membuat permintaan yang tidak diduga seperti ingin makan, minum, atau ke tandas.
Syamsul Debat, dalam satu siri ceramahnya berkata, ibu bapa disarankan untuk memberi perhatian kepada permintaan ini kerana ia mungkin membawa hikmah yang tidak disangka.
Beliau berkongsi pesanan daripada bekas Mufti Negeri Sembilan, yang pernah berpesan agar ibu bapa berhenti apabila anak-anak mengadu tidak selesa.
“Kalau kita naik kereta, bermusafir balik ke kampung atau yang sewaktu dengannya, tiba-tiba anak bising. ‘Ayah, nak kencing,’ ‘Ibu, nak makan,’ ‘Ibu, lapar.’
“Pesan arwah Mufti Negeri Sembilan, berhentilah. Sebab ada kemungkinan, ada musibah yang nak kita elakkan yang menyebabkan anak berasa tak selesa.
“Anak nak makan, anak nak ini. Rupa-rupanya bila kita berhenti, anak keluar. ‘Ya Allah, accident teruk ni eh’. Kalau kita awal tadi, mungkin kita pun join (terbabit) sekali dengan accident,” katanya.
Beliau juga memberi contoh, ada situasi di mana anak kecil meminta minum air sejuk, tetapi si ayah yang sedang memandu menolak permintaan tersebut.
“Anak-anak ini kadang-kadang dia tak cakap dengan ayah dia. Ayah dia kan macam tegas sikit. Dia tak bercakap dengan ayah terus, ayah dia bawa kereta ni. Dia cakap, “Ibu, lapar… Ibu, haus.. nak minum! Nak minum!”. Ibu suruh minum air kosong, anak jawab, “Tak nak! Nak air sejuk.”.
“Yang ayah sedang memandu kereta, “Tunggu sekejap! Sibuknak air, air air. Sampai rumah nenek kau, minumlah puas-puas!”.
“Anak duduk di belakang, bengkek (tak puas hati). Dalam hati dia kata, “Terbaliklah kereta ni”. Makbul, terbalik kereta mereka selepas tu. Anak-anak ni dia tak sedar, doanya makbul. Yang dia tak tahu, dengan dia-dia sekali terbalik,” katanya.
Syamsul turut menekankan pentingnya menghormati perasaan dan keperluan anak-anak, kerana doa mereka sering kali makbul, sama ada disedari atau tidak. Tindakan kecil seperti berhenti seketika boleh membawa hikmah besar, walaupun ia mungkin kelihatan tidak penting pada mulanya.
Reaksi netizen


Sumber: Syamsul Debat