Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang anak kepada bekas Perdana Menteri ditahan polis selepas pemeriksaan sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Damansara, Selangor menemui dadah jenis heroin dianggarkan seberat 3 gram.
Insiden berlaku pada 23 Ogos 2025 dan pengesahan rasmi dibuat pihak polis hari ini.
Ketua Polis Selangor, Comm Datuk Shazeli Kahar, mengesahkan tangkapan tersebut namun tidak mendedahkan identiti individu terbabit mahupun status reman.
Beliau menegaskan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut undang-undang dadah berkuat kuasa.
Sumber: The Star








