'Anak ada hubungi saya untuk minta maaf' - Bapa suspek - The Reporter

‘Anak ada hubungi saya untuk minta maaf’ – Bapa suspek

Sumber foto: Kosmo! Online

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Petani berusia 64 tahun yang juga bapa kepada suspek kes bunuh Nur Farah Kartini, memaklumkan suspek ada menghubunginya untuk meminta maaf.

Menurut warga emas berkenaan, suspek sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia lapan, sempat pulang ke rumah mentuanya di Kampung Pulau Melaka, Rabu lalu.

“Sebelum ditahan, dia ada menghubungi saya untuk meminta maaf. Mungkin kerana hal itu (kes bunuh) akan menyusahkan atau memberi kesan kepada keluarga,” katanya yang juga mengakui tidak mengetahui apa hubungan mereka secara terperinci.

Tambahnya, suspek ada memaklumkan dia telah diugut oleh mangsa dan telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu dengan membawa beberapa bukti berkaitan.

Warga emas itu bagaimanapun tetap menganggap anak kelapannya daripada 10 beradik itu tetap anak yang baik.

6 Julai lalu, suspek ada menghantar beberapa gambar yang dia mengikuti kursus mengendalikan jenazah dan menawarkan diri untuk dikafankan. Selain itu, suspek meminta dia disemadikan di sebelah kubur arwah ibunya apabila dia meninggal dunia kelak.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris mengesahkan suspek yang berpangkat Lans Koperal, telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak lima tahun lalu, di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim.

Sumber: Kosmo! Online, Sinar Harian

Total
0
Shares
Total
0
Share