'Saya cari lelaki soleh yang boleh membimbing saya' - Ameera Khan | The Reporter

‘Saya cari lelaki soleh yang boleh membimbing saya’ – Ameera Khan

Ameera Khan cari lelaki soleh yang boleh membimbing dan bertanggungjawab sebagai pasangan hidup
Ameera Khan cari lelaki soleh yang mampu membimbing, menjaga dan menghormati keluarga dalam membina hubungan serius.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pempengaruh media sosial Ameera Khan tampil bersuara mengenai soal jodoh, kali ini dengan nada yang lebih jelas dan berterus terang tentang apa yang diharapkan daripada seorang lelaki untuk dijadikan pasangan hidup.

Menurut Ameera atau nama penuhnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, keutamaan bukan sekadar rasa cinta semata-mata, sebaliknya kemampuan seorang lelaki untuk memikul tanggungjawab serta membimbing pasangannya ke arah kehidupan yang lebih baik.

Baginya, soal kestabilan dan nilai keagamaan memainkan peranan penting sebelum melangkah ke fasa serius.

Selain itu, Ameera turut menegaskan sikap menghormati keluarga adalah syarat yang tidak boleh dikompromi. Katanya, lelaki idaman perlu menghormati bukan sahaja dirinya, malah ibu bapa serta seluruh ahli keluarga terdekat kerana perkara itu mencerminkan keperibadian sebenar seseorang.

Baca juga:

“Baik dan kaya. Itu paling penting bagi saya sebab lelaki perlu mampu jaga dan tanggung saya.

“Saya juga mahukan lelaki soleh, boleh membimbing saya. Tolonglah bimbing saya. Saya cari seseorang boleh membimbing saya, sayang saya dan keluarga.

“Dia mesti hormat saya, mommy, daddy, adik-beradik dan sepupu, terutama orang terdekat dengan saya,” katanya dalam TikTok.

Dalam pada itu, Ameera mengambil kesempatan menjelaskan status hubungannya susulan dakwaan kononnya dia sudah mempunyai kekasih baharu selepas hubungan terdahulu dengan pelakon Indonesia, Jefri Nichol, berakhir. Ameera menafikan spekulasi tersebut dan menegaskan lelaki yang dikaitkan dengannya hanyalah rakan biasa, selain mengakui dirinya kini masih belum terikat dengan sesiapa.

Keterbukaan Ameera berkongsi pandangan itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang memuji kejujurannya menyatakan apa yang diinginkan dalam perhubungan, manakala sebahagian lain berpendapat kriteria tersebut adalah perkara asas yang wajar dicari dalam membina rumah tangga.

Untuk rekod, Ameera yang juga adik kepada usahawan dan selebriti terkenal Neelofa pernah menjalin hubungan dengan Jefri Nichol sebelum dikhabarkan berpisah dan kembali bersama, namun hubungan itu didakwa berakhir sekali lagi sekitar penghujung tahun lalu.

Sumber: Kosmo! Online

Related Posts