KJRI cadang hospital Malaysia ambil jururawat Indonesia | The Reporter

KJRI cadang hospital Malaysia ambil jururawat Indonesia

Seorang pegawai Indonesia memegang mikrofon semasa bercakap, dengan inset gambar sekumpulan jururawat wanita berpakaian seragam putih.
Konsul Jeneral Indonesia mencadangkan hospital Malaysia ambil jururawat dari Indonesia bagi atasi kekurangan tenaga kerja kesihatan.
‘Ramai pesakit kami, biar jururawat kami bantu’ – Sigit S. Widiyanto

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan hospital-hospital Malaysia bagi menempatkan jururawat dari Indonesia secara rasmi di negara ini. Langkah itu disifatkan sebagai solusi dua hala yang mampu mengurangkan beban sistem kesihatan tempatan, selain membuka peluang kepada tenaga kerja kesihatan Indonesia yang semakin ramai.

Konsul Jeneral Indonesia, Sigit S. Widiyanto menjelaskan, ketika ini sekitar 70 peratus pesakit antarabangsa di Malaysia adalah warga Indonesia, khususnya di Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

“Ini bukan soal tenaga kerja semata-mata. Ia soal keperluan dan peluang. Malaysia kekurangan jururawat, manakala Indonesia ada lebihan. Kalau jururawat kami boleh bekerja di Singapura, Jepun, Emiriah Arab Bersatu dan Jerman, kenapa tidak di Malaysia?” katanya.

Baca juga:

Jururawat sedang bertugas | Gambar hiasan
Jururawat jaga 14 pesakit sehari, Johor makin tenat

Krisis kekurangan jururawat bukan hal baharu. Johor misalnya, kini berdepan situasi membimbangkan apabila seorang jururawat terpaksa mengendalikan sehingga 14 pesakit dalam satu syif, jauh berbeza daripada nisbah ideal 1:6.

Mengulas lanjut, Sigit berkata pihaknya sudah memulakan perbincangan awal bersama sebuah hospital di Johor sebagai projek perintis. Proses pengambilan calon sedang berjalan dan akan dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia serta Lembaga Jururawat untuk penilaian dan kelulusan.

“Ini belum pernah dilakukan sebelum ini, jadi banyak perincian teknikal perlu diurus. Tapi kami optimis. Kita kongsi budaya, bahasa dan semangat serantau,” katanya.

Jururawat melayani pesakit warga emas | Gambar hiasan / Syuderis
Fokus Kepulauan Riau, rancang program ‘sandwic’ khas

Bagi permulaan, cadangan ini akan memberi tumpuan kepada jururawat dari Kepulauan Riau dan wilayah Riau, yang secara geografi dekat dengan Malaysia serta mempunyai latar budaya yang hampir serupa.

KJRI turut merancang program khas ‘sandwic’, iaitu gabungan pengajian antara institusi kesihatan Indonesia dan Malaysia yang membolehkan graduan jururawat Indonesia menyambung pengajian selama enam bulan di Malaysia sebelum diserap bekerja.

Menurut data konsulat, lebih 130,000 warga Indonesia kini menetap di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang, menjadikan keperluan tenaga kerja kesihatan berbahasa dan berbudaya serumpun semakin relevan.

Sumber: Bernama

Related Posts