Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon Bella Astillah mengakui suaminya, Aliff Aziz, berubah semenjak berganding dengan rakan baiknya, Ruhainies, dalam drama Terjerat.
Perkara itu semakin ketara apabila Aliff dikatakan jarang pulang ke rumah, menyebabkan Bella tercari-cari di mana keberadaan suaminya itu.
“Aliff tak selalu balik ke rumah. Pernah Bella letak kat Instastory? Tak pernah. I have to face it alone. Bella kena WhatsApp my mother in law, ‘Umi, Aliff tukar password’. Umi kata kena husnuzon.
“Bella mengadu lagi, mengadu, mengadu dan mengadu. Kita kenal suami kita dah berubah. Dia berubah semenjak dia shoot dengan Ruhainies. Umi nasihat kena stop fokus pada manusia, fokus pada diri sendiri dan dekatkan diri pada Allah. Itu yang Bella buat
“I cannot focus, hari-hari nak cari Aliff dekat mana. Bella takut nak tengok GPS sebab takut mengetahui sesuatu. So Bella mengaji, sampai ustaz bersuara kalau nak tahu jalan dan petunjukkan, buat solat istikharah. Sebab kalau minta tolong ibu bapa Aliff, mereka pun tak boleh buat apa, sebab mereka jauh,” katanya.
Curang dengan adik ipar
Dalam pada itu, Bella juga mengakui Aliff pernah curang dengan adik perempuannya iaitu Eriqa Astillah.
“Bella sebenarnya ada tiga adik beradik perempuan. So Aliff curang dengan adik Bella, Eriqa Astillah, yang ramai cari di TikTok dan Instagram.
“Punyalah Bella sayang pada Aliff, Bella buang keluarga sendiri. Allahuakbar,” katanya sebak.
Sumber: Xtra