Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Hari ini, Datin Patimah Ismail, berkongsi gambar bersama anak lelakinya, Syamsul Yusof, yang dipercayai sudah lama tidak bertemu semenjak dilanda kontroversi rumah tangga.
Gambar yang baru dikongsikan di Instastorynya hari ini menunjukkan pengarah tersohor itu memeluk ibu bapanya dengan senyuman yang terukir di wajah masing-masing.
Pada gambar kedua, kelihatan bekas isteri pertama Syamsul, iaitu Puteri Sarah Liyana, turut menyertai detik gembira itu bersama mereka dan kelihatan Syamsul sedang mendukung anak perempuannya, Sumayyah.
Sementara itu tinjauan di media sosial, ramai netizen termasuk rakan artis mengucapkan rasa syukur keluarga selebriti tersebut akhirnya kembali bersama selepas dilanda pelbagai kontroversi.
“Alhamdulillah, tanpa ibu bapa, kita rasa kosong. Sampai bila-bila kita mmemang memerlukan orang tua kita,” kata netizen.
“Nampak muka kerinduan dan bahagiadi wajah mak dia. Alhamdulillah, semoga yang baik-baik buat semua,” tambah netizen lain.
Khamis lalu, Syamsul dan isteri keduanya, Ira Kazar, disahkan telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, selepas berlaku pelanggaran taklik di mana Ira melanggar taklik sebanyak lima kali dengan membuat hantaran di media sosial dalam keadaan rela dan tanpa paksaan pada 14 Ogos lalu.