Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali | The Reporter

Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemui selamat.

Mangsa, Albertine Leo ditemui di satu lokasi di Batang Kali, Selangor dalam keadaan selamat.

Penemuan itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebentar tadi.

Semalam dua lelaki dan seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan yang hilang di pusat beli-belah di Eco Galleria, Iskandar Puteri pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Johor Komisioner, M Kumar ketiga-tiga suspek berkenaan yang berusia 28 hingga 55 tahun ditahan di Gelang Patah, Iskandar Puteri, pada jam 1.30 tengah hari Isnin.

Terdahulu, tular di media sosial tentang kehilangan kanak-kanak berkenaan.

Kanak-kanak itu kali terakhir dilihat berpakaian baju T berwarna putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ di bahagian dada dan berseluar pendek.

Sumber: Buletin TV3

Related Posts