Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon, Datuk Rosyam Nor, tampil membuat laporan polis terhadap beberapa individu dan pengendali laman Facebook yang dikesan memfitnahnya di media sosial berhubung kes perceraian pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura.
“Saya sudah membuat laporan polis di Balai Polis Pudu berkenaan dengan fitnah yang tersebar di media sosial, yang mengaitkan saya dengan Fattah Amin dan Fazura,” katanya yang turut ditemani dengan peguam.
Terdahulu, Rosyam dalam satu hantarannya di Instagram pada pagi tadi menegaskan, beliau akan mengheret pihak yang memfitnahnya ke mahkamah.
“Korang tunggu, aku seret korang pergi mahkamah! Buat fitnah, aibkan orang,” katanya.
Rosyam turut menyertakan beberapa gambar tangkap layar page dan individu yang memfitnahnya. Gambar-gambar tersebut menunjukkan pihak yang tidak bertanggunjawab itu telah menyunting gambarnya bersebelahan dengan Fattah dan Fazura, berserta dengan kapsyen fitnah.
Antara kapsyen fitnah yang ditulis adalah:
- “Fattah patut tahu dari awal dengan siapa dia nikah. Aku dah tegur dulu”.
- “Rupanya Rosyam Nor dah warning Fattah dari awal lagi?”
- “Rosyam Nor pernah bagi nasihat pada Fattah tentang isu rumah tangga”
- “Rosyam Nor pernah nasihat Fattah Amin. Hati-hati dengan isteri yang berkerjaya”
Namun, Rosyam tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Dan pihak yang tidak bertanggungjawab itu dipercayai cuba menunggang isu kes perceraian Fattah dan Fazura dengan mengaitkan kenyataan lama Rosyam dalam podcast yang pernah disiarkan suatu ketika dulu.
Dengan cara yang tidak beretika itu, mereka dapat menarik perhatian netizen untuk mengeruhkan lagi keadaan.