'Aku lahir tak menangis dengan darah perjuangan stoicism' - Pegawai perubatan minta TikTokers jalani pemeriksaan mental - The Reporter

‘Aku lahir tak menangis dengan darah perjuangan stoicism’ – Pegawai perubatan minta TikTokers jalani pemeriksaan mental

Seorang lelaki yang juga dikenali sebagai pempengaruh mendakwa dirinya merupakan berdarah pahlawan kerana semasa dia dilahirkan, dia lahir dalam keadaan berdarah.

Dia juga mengaitkan kelahirannya seperti stoicism iaitu satu falsafah oleh Marcus Aurelius.

“Aku lahir di Hospital HUSM, dan aku lahir tak menangis, dengan stoicism.

“Dan aku lahir dengan darah perjuangan. Imagine, seorang manusia tu lahir diiringi dengan darah, darah perjuangan,” katanya.

Bagaimanapun, seorang pegawai perubatan meminta pempengaruh berkenaan untuk melakukan pemeriksaan mental.

“Ramai yang kata kamu troll atau in character, tapi saya bimbang ada sesuatu yang lain.

“Kamu adalah orang yang berpengaruh dan ramai anak muda yang percaya dengan apa yang kamu kata, jadi saya bimbang dengan perkataan yang keluar dari mulut kamu.

“Mohon buat pemeriksaan oleh doktor, dan jika tiada apa-apa, tunjukkan bukti ini kepada semua kamu telah diperiksa oleh doktor pakar,” katanya.

Dalam pada itu, pegawai perubatan ini juga menjelaskan bayi yang tidak menangis semasa dilahirkan sebenarnya tidak bagus.

“Dalam perubatan, keadaan fizikal bayi baru lahir kita akan guna APGAR score. Kalau lahir tidak menangis tu tak bagus ya, ada kemungkinan besar untuk buat resusitasi

“Lahir dengan keadaan berdarah tu biasalah, you are not special,” katanya.

Sumber: Khairul Hafidz

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!