'Aku ada duit, bayar production bagus & orang tonton. Korang view sendu' - Aliff Syukri nafi tutup periuk nasi penyanyi tempatan | The Reporter

‘Aku ada duit, bayar production bagus & orang tonton. Korang view sendu’ – Aliff Syukri nafi tutup periuk nasi penyanyi tempatan

Dua minggu lalu, Nur Shahida Mohd Rashid, memuat naik hantaran di Instagram yang memaklumkan suaminya, Aliff Syukri bakal menerbitkan lagu baru untuk raya tahun ini.

“Dah ready ke korang nak dengar lagu raya artis nombor satu dari belakang ni? Sorry la ya tak boleh dengar audio betul. Takut korang anxiety dan kemurungan,” katanya.

Hantaran itu mengundang perhatian ramai termasuk ibu mertuanya, Bonda Rozita Ibrahim, yang menasihatkan anaknya tidak menerbitkan sebarang lagu kerana bimbang dikecam netizen yang akhirnya mengundang dosa.

“Janganlah. Sakit pinggang tu tak sembuh lah. Kecaman bab video klip jaga, nanti kita berdosa, ajak orang berfitnah. Kri (Aliff Syukri) jangan macam-macam hal, umur masuk 40 dah,” katanya.

Tak sekat periuk nasi penyanyi tempatan

Sementara itu dalam satu temubual dengan podcaster di Singapura, The Common Folks SG, Aliff menjelaskan dia membuat lagu hanya sekadar untuk suka-suka dan tidak pernah berniat untuk menyekat periuk nasi mana-mana penyanyi di Malaysia.

Sungguhpun dikecam ramai sebelum ini, video klip muziknya meraih puluhan juta tontonan di Youtube. Walaupun begitu, dia tidak pernah menerima sebarang jemputan di steven televisyen dan radio untuk bernyanyi.

“Saya tak rasa saya menutup periuk nasi sesiapa. Kepada mereka yang kata saya menutup periuk nasi orang, nak lawan artis la. Saya tak marah korang, tapi fikirlah. Tolong eh jangan (sampai) aku bagi ‘Hey!’ kat korang. Jangan bagi aku marah kat korang tau.

@dherbs_holding

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dato Alif Syukri & Dato Awie | Aku tak tutup periuk nasi orang. #fyp #Datoawie #datoalifsyukri #telajaklaris

♬ original sound – DHERBS HOLDING HQ – DHERBS HOLDING HQ

“Aku nyanyi ni bukan dapat show. Paling hebat pun aku dapat (jemputan) podcast kat Singapore. Ini je paling hebat. Mana ada aku dapat show ke, keluar TV ke.

“Kalau lagu aku tak sedap, yang tengok video Bobo Di Mana, 24 juta views. Habis tu, toyol ke, hantu ke (yang view)? Fikir sikit!

“Saya tak marah, tetapi tolong jangan menguji keimanan saya. Iman saya ini kan senipis bawang merah je,” katanya.

‘Aku ada duit, aku bayar production bagus’

Ditanya mengenai kenyataan Awie yang meminta pengasas Dherbs itu tidak melucahkan industri muzik tempatan, Aliff sekali lagi menegaskan bahawa dia tidak menerima sebarang jemputan untuk membuat persembahan bagai.

Sumber gambar: Utusan Malaysia

“Saya tak dapat mana-mana show di TV atau radio atau lesen menyanyi seperti penyanyi untuk post di YouTube.

“Bezanya korang (penyanyi) tak ada duit buat video klip biasa-biasa. Aku ada duit, aku bayar production bagus. Aku bayar pemuzik bagus, meriah dan orang tonton. Korang view sendu.

“Di zaman Tok Kaduk mungkin kau hot. Zaman kau dah ta, kau mungkin dah sendu. Jadi bagilah peluang dan ruang kepada saya untuk berkarya, sekadar hobi dan bukannya disiarkan di TV. Ini (buat lagu) hak semua orang.

“Kalau kata tutup periuk nasi tu, contoh kau punya job, aku sailang kau atau aku dapat show dan tiba-tiba show kau cancel. Ada bukti ke show kau cansel gara-gara aku?

“Saya adalah peminat Datuk Awie, saya suka dengan Datuk Awie. Statement itu mungkin tak boleh pakai, sebab saya tengok Datuk Awie pun ada jual juga sambal. Tak ada pula saya kata ‘Mana ada Datuk Awie jual sambal?’.

“Bagi saya itu adalah hak masing-masing,” katanya.

Sumber: TikTok Dherbs Holding HQ, The Common Folks SG

Related Posts