'Saya mohon doa semua rakyat Malaysia' - Akmal sahkan akan didakwa Jumaat ini | The Reporter

‘Saya mohon doa semua rakyat Malaysia’ – Akmal sahkan akan didakwa Jumaat ini

Lelaki berbaju putih berdiri di dalam bilik dengan lampu meja di belakang.
Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh

Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh mengesahkan beliau akan pulang lebih awal daripada ziarah umrahnya di Mekah selepas dimaklumkan akan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Jumaat, 22 Ogos ini.

Pertuduhan itu berkait penyertaannya dalam himpunan solidariti Jalur Gemilang di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Menurutnya, beliau dipanggil ke Bukit Aman pada malam 15 Ogos untuk diambil keterangan berhubung perhimpunan tersebut. Sesi soal siasat itu berlarutan hingga jam 2 pagi keesokkan hari sebelum beliau dimaklumkan bakal berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Baca juga:

Tekad teruskan perjuangan

Dalam hantarannya di Instagram, Akmal memohon doa rakyat agar segala urusan dipermudahkan dan menegaskan tidak akan berganjak daripada perjuangan.

“Jika inilah harga yang perlu saya bayar untuk memartabatkan kedaulatan negara, maka saya tidak akan bergerak walau seinci pun untuk mengaku kalah.

“Kita akan lawan di mahkamah. Kita jumpa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam,” katanya.

Sumber: Instagram Dr. Akmal Saleh

Related Posts