Di sebalik pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, ada satu sosok tubuh berusia 101 tahun yang hadir menemui Tun Dr Mahathir Mohamad dalam suasana penuh sebak.
Beliau ialah Tan Sri Hanafiah Hussain, rakan sedarjah Dr Mahathir yang datang bertemu bekas Perdana Menteri itu di Masjid As Syarif.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan di TikTok MSAFarisi, Hanafiah dilihat menghampiri Dr Mahathir sebelum mengucapkan “Innalillahi wa inna ilaihi raji’un” dengan nada sebak.
Beliau kemudian berjabat tangan dan mencium tangan Dr Mahathir dalam pertemuan yang cukup menyentuh hati itu.
Dalam pertemuan singkat berkenaan, Hanafiah turut sempat menitipkan pesanan kepada sahabat lamanya supaya tidak meninggalkan solat.
@awbhmf36 Bertembung Dengan Tun M semasa peninggalan Arwah Tun Hasmah #Malaysia #tunhasmah #fyp ♬ original sound – ▪︎MSAFarisi
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Mustapa Mohamed menerusi satu hantaran di media sosial turut berkongsikan pertemuan bersama Hanafiah.
Menurut Mustapa, Hanafiah yang kini berusia 101 tahun merupakan rakan sedarjah Dr Mahathir dan dikenali sebagai orang Melayu pertama bergelar Chartered Accountant.
Baca juga:
- Bekas tentera jadi warden sepenuh masa semua MRSM mulai 2027
- Pertemuan penuh sebak, rakan sedarjah Tun Mahathir hadir beri penghormatan
- ‘Shahrol Shiro dilantik sebagai pengajar sambilan kursus Citra Universiti’ – UKM
Hanafiah juga merupakan pengasas firma Hanafiah, Raslan, Mohamad selain pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan Pengerusi Eksekutif Bank Bumiputra.
“Semoga Allah kurniakan Tan Sri kesihatan yang berpanjangan,” tulis Mustapa.
Kehadiran Hanafiah pada saat Dr Mahathir berdepan kehilangan isteri tercinta selepas puluhan tahun hidup bersama memperlihatkan sebuah persahabatan lama yang masih utuh meskipun kedua-duanya kini sudah menjangkau usia lebih satu abad.









