Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang memasang Jalur Gemilang secara terbalik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJ(K)C) Chung Hua, Port Dickson.
“Macam mana nak ajar murid perkara betul jika pasang bendera pun terbalik? Takkanlah bendera terbalik pun tak tahu ataupun buat-buat tidak tahu,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Beliau turut menegaskan, sikap memohon maaf selepas berlaku kecuaian tidak wajar lagi diterima sebagai alasan.
“Cukup-cukuplah jenis buat dulu baru minta maaf. Kami tekankan satu hukuman berat perlu diberi kepada pelaku yang tidak menghormati bendera Malaysia,” tambah beliau.
Baca juga:
- Wanita dakwa suami ditembak polis, rupanya kekasih suspek & miliki 10 rekod jenayah
- Hanya 40 minit ke Indonesia, Melaka rancang bina jambatan 47.7km rentasi laut
- ‘Jangan paksa kerajaan iktiraf UEC’ – Tok Mat tegaskan soal identiti kebangsaan
Sekolah mohon maaf, akui kecuaian
SJ(K)C Chung Hua dalam kenyataan memohon maaf secara terbuka atas insiden pemasangan Jalur Gemilang terbalik yang berlaku pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, gambar bendera tersebut tular di media sosial, mencetuskan kemarahan orang ramai yang menyifatkan perbuatan itu sebagai cuai dan tidak patriotik.
Sumber: Instagram @akmalsaleh








