‘Akak tu cakap nasi dia dah habis, customer tu plak datang marah-marah’ – Viral video peniaga nasi lemak dihamun pelanggan

Baru-baru ini tular di media sosial video menunjukkan seorang wanita berbangsa India menjual nasi lemak dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan pelbagai bangsa.

Seminggu kemudian, tular pula video menunjukkan seorang pelanggan bernama Kasthuri bertekak dengan peniaga berkenaan, Sangeetha, hanya kerana tidak sempat membeli nasi lemaknya yang telah habis dijual susulan menerima banyak sambutan pelanggan sejak videonya tular di media sosial.

Menurut seorang pengguna Twitter, JagSingh berkata, Sangeetha pada hari kejadian menjual 50 bungkus nasi lemak dan semuanya telah habis dijual.

“Akak (Sangeetha) tu pula pergi call orang tu, cakaplah customer ini tengah marah-marah. Kasthuri dah pergi, tiba-tiba datang balik ke gerai tu sebab tak puas hati kenapa call orang tu. Gaduh lagi.

“Anak lelaki kepada akak nasi lemak itu tak tahan sebab customer itu maki-maki,” katanya.

@prashanthdhanush Lets watch this from another perspective, the public’s perspective. Hats off @shree7980, its so clear of how you can throw words in front of kids, good example you set for your own kids… She did the right thing anyway of calling the person you mentioned, didnt call the prime minister right? Never believe anyone without hearing both sides, look at how can someone behave wild in public… #akkanasilemak #nasilemakviral #akkanasilemakserikembangan ♬ original sound – Prashanth Dhanush

Sementara itu netizen turut mempertikaikan tindakan Kasthuri yang dikatakan memperbesarkan hal yang remeh.

“Macam ini la kalau dah viral, memang cepat habis. Beli esok je la kak dan datanglah awal sikit. Kedai nasi lemak lain banyak lagi, boleh cuba yang lain. Benda makanan tak elok nak marah-marah. Nanti akak juga yang kena viral, malu akak,” Abah Real.

Semakan di TikTok Kasthuri mendapati, wanita itu dilihat menyangkal dakwaan tersebut. Malah dia mendakwa Sangeetha terlebih dahulu menuduh dia berkelakuan biadab.

Usaha untuk menghubungi Kasthuri masih gagal berikutan TikToknya hanya dapat dihubungi oleh kenalannya sahaja.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!