Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Melaka, Mohd Noor Helmy menyuarakan rasa kecewa terhadap perhimpunan solidariti #JusticeForZara yang disertainya baru-baru ini apabila ucapan dalam program tersebut didakwa telah menyimpang daripada matlamat asal.
Dalam satu hantaran di Facebook pada 15 Ogos, beliau berkata kehadirannya adalah untuk menyatakan sokongan terhadap keadilan buat arwah Zara Qairina. Namun memilih untuk beredar selepas mendapati wacana yang disampaikan di pentas perhimpunan tidak lagi selari dengan tujuan asal.
“Ingat hadir nak beri sokongan untuk #JusticeForZara tapi bila sampai tengok, dengar ucapan yang ada dah bunyi lain.
“Maaflah kalau Mat yang salah dengar, entahlah. Gerak dulu. Tetap support orang Sabah. Kita jumpa di Sabah sikit hari nanti,” tulisnya.
Baca juga:
- Muslimat PAS puji langkah Tamil Nadu tutup 717 premis arak
- PASTI Melaka nafi dakwaan pecat jurulatih bola jaring
- Remaja terselamat dari diculik, gigit tangan suspek sebelum lari selamatkan diri
Netizen sepakat: Jangan campur aduk isu keadilan dan politik
Hantaran ADUN Duyong itu turut menerima sokongan dalam kalangan pengguna media sosial yang menyatakan rasa kurang senang terhadap kecenderungan sesetengah pihak menjadikan pentas solidariti sebagai medan politik.
Seorang pengguna, Sharifah Khairulnisa berkata, “Sama la. Kami awal lagi dah gerak. Ingatkan solidariti untuk arwah. Tapi masuk bab politik itu tak best. Jangan campur aduk.”
Manakala Carlos Oliveira pula mengkritik sikap pihak yang cuba menunggang isu Zara Qairina.
“Ramai yang mengambil kesempatan untuk menunggang. Semua isu nak tunggang. Tapi perkara utama dalam Parlimen dan DUN yang patut dibincangkan pasal rakyat, haram nak bunyi.”
Sumber: Facebook Mohd Noor Helmy











