Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pagi tadi, Abang Bas sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Batu Pahat atas pertuduhan baru iaitu menghantar komen jelik dalam video yang dimuat naiknya di aplikasi TikTok.
Bagaimanapun, tertuduh berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.
Tertuduh kini berdepan dengan dua pertuduhan melakukan amang seksual dan satu pertuduhan menghantar komen jelik. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM40,000.
Selesai prosiding, ‘Abang Bas’ dibawa masuk ke dalam kereta polis dan kedengaran salah seorang ahli keluarganya yang hadir berkata, ‘Sabar Din, kami ada”, membuatkan tertuduh terus mengalir air mata.
Tertuduh bertambah sebak apabila ibu bapa dan keluarganya muncul dan sempat berpelukan sambil menangis meminta anak bongsu mereka itu bersabar, sebelum dibawa pergi dan tertuduh sempat menghadiahkan ‘mini love’ kepada keluarganya
Terdahulu, Abang Bas menjadi perbualan hangat di TikTok setelah menggelar seorang penumpang bas yang dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’.
Video tersebut mendapat kecaman dari orang ramai yang berpendapat ianya tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak. Tindakan merakam foto atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa melanggar hak serta privasi mengikut Akta Kanak-Kanak 20011.
Sumber: Harian Metro








