Seorang wanita mendakwa anaknya yang berusia 11 tahun menjadi mangsa gangguan seksual ketika berada di sebuah sekolah tahfiz di Banting.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh aktivis dan pempengaruh Caprice di media sosial, wanita berkenaan mendakwa mendapat tahu mengenai kejadian itu selepas anaknya menceritakan apa yang berlaku kepadanya.
Menurut wanita itu, anaknya mendakwa telah diliwat oleh lebih daripada lima pelajar di sekolah tahfiz berkenaan.
Bagaimanapun, wanita berkenaan memaklumkan, pihaknya ketika ini masih tidak mempunyai bukti dan saksi yang mencukupi berhubung dakwaan tersebut.
Baca juga:
- Akmal Saleh berjaya kumpul RM180,000 hasil jual motosikal, ikan
- ‘Kalau kita bagi subsidi, kita mengajar rakyat malas’ – MP Pasir Puteh
- Rafizi arah peguam mulakan proses saman terhadap Ramanan
Sehubungan itu, dia merayu kepada ibu bapa yang pernah menghantar anak mereka ke tahfiz berkenaan antara 2024 hingga 2026 supaya bertanya kepada anak masing-masing mengenai kemungkinan pernah berlaku gangguan seksual.
Dia turut meminta mana-mana ibu bapa yang mempunyai maklumat berkaitan atau anak yang pernah mengalami gangguan seksual oleh pelajar di sekolah berkenaan supaya tampil menghubungi pihaknya.
“Sekarang kami masih tidak cukup bukti dan tidak cukup saksi. Saya memohon, saya merayu kepada ibu bapa yang pernah menghantar anak ke tahfiz tersebut dari tahun 2024 hingga 2026.
“Sila tanya anak jika anak pernah diliwat atau pernah mengalami gangguan seksual oleh pelajar-pelajar di sekolah tersebut,” katanya.








