Seorang pegawai kanan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Vista Alam, Seksyen 14, awal pagi tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.07 pagi.
“Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima maklumat kejadian tersebut pada jam kira-kira 3.07 pagi.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya
Baca juga:
- Akmal Saleh berjaya kumpul RM180,000 hasil jual motosikal, ikan
- ‘Kalau kita bagi subsidi, kita mengajar rakyat malas’ – MP Pasir Puteh
- Rafizi arah peguam mulakan proses saman terhadap Ramanan
Beliau berkata, kes berkenaan kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil bedah siasat.
Dalam masa sama, polis turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas kejadian yang menimpa.
Orang ramai juga diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.








