Annuar Musa akui penyatuan Melayu masih berdepan cabaran | The Reporter

Annuar Musa akui penyatuan Melayu masih berdepan cabaran

Annuar Musa bercakap mengenai usaha penyatuan Melayu dan Muafakat Nasional yang masih berdepan cabaran.
Gambar: Facebook Tan Sri Annuar Musa.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ketua Penerangan Perikatan Nasional, Tan Sri Annuar Musa menyatakan usaha ke arah penyatuan orang Melayu dan pengukuhan Muafakat Nasional masih berdepan cabaran apabila ia disifatkan belum mudah untuk direalisasikan ketika ini.

Menurut beliau, hal tersebut berpunca daripada sikap segelintir individu tertentu, namun kepentingan untuk terus bersatu padu jauh lebih penting.

“Saya temui Tun Dr Mahathir pagi ini. Saya bersetuju penyatuan Melayu dan Muafakat Nasional masih sukar dijayakan kerana sikap individu tertentu,” katanya.

Bagaimanapun, Annuar menegaskan bahawa agenda perpaduan tetap perlu diteruskan kerana ia merupakan tuntutan rakyat.

“Rakyat mahukan perpaduan, dan perpaduan Melayu harus menjadi teras,” katanya lagi.

Baca juga:

Beliau turut menambah bahawa rakyat berhak menolak mana-mana pihak yang dilihat menjadi penghalang kepada usaha perpaduan tersebut.

“Rakyat boleh menolak pihak yang menjadi penghalang perpaduan Melayu. Teruskan segala usaha ke arah perpaduan dan Muafakat. Bersatulah wahai kaum muslimin,” ujarnya.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa kecewa dan mengakui beliau gagal dalam menyatukan orang Melayu.

“Saya telah usaha lebih dari dua tahun untuk menyatu orang Melayu. Saya perlu akui saya gagal. Oleh itu negara tercinta ini akan terlepas dari tangan orang Melayu. Dan tamatlah sejarah orang Melayu kerana mereka lebih utama nasib pemimpin dari bangsa, negara dan agama,” katanya.

Related Posts