KPDN Kelantan siasat peniaga caj RM30 baiki kalkulator masuk air | The Reporter

KPDN Kelantan siasat peniaga caj RM30 baiki kalkulator masuk air

Kalkulator rosak akibat terkena air yang dibaiki oleh pemilik kedai.
Video tular yang merakamkan seorang peniaga mengenakan caj RM30 membaiki kalkulator dikecam netizen.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan akan menjalankan siasatan berhubung kes tular melibatkan caj RM30 yang dikenakan oleh sebuah kedai di bandar ini bagi membaiki sebuah kalkulator yang dimasuki air.

Memetik laporan Harian Metro, Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, pihaknya akan memulakan siasatan dengan mengeluarkan notis kepada peniaga terbabit.

Menurut beliau, peniaga berkenaan perlu mengemukakan maklumat terperinci berkaitan caj yang dikenakan terhadap perkhidmatan membaiki kalkulator tersebut.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).

Baca juga:

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung kes tersebut, sebaliknya hanya menyedari perkara itu selepas ia tular di media sosial.

Terdahulu, isu mengenai kalkulator saintifik yang didakwa ‘dibaiki dengan cara tidak masuk akal’ di sebuah kedai di Kota Bharu terus mencuri perhatian ramai selepas ia tular di media sosial, sekali gus mencetuskan pelbagai pandangan mengenai caj servis dan cara pembaikan dilakukan.

Namun, seorang individu dipercayai pemilik kedai tampil menjelaskan situasi berkenaan dan menjelaskan bahawa caj RM30 tersebut merupakan kadar standard bagi kerja membaiki kerosakan akibat air, bukan sekadar harga bateri.

Related Posts