Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan sekeras-kerasnya penyebaran imej palsu di media sosial yang mendakwa kononnya Menteri, Datuk Seri Mohamad Sabu menggalakkan penjawat awam menanam ganja di rumah.
Menurut kenyataan rasmi, dakwaan tersebut adalah fitnah serta manipulasi digital yang tidak benar dan berpotensi mengelirukan orang awam. Tegasnya, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang ditularkan di platform media sosial.
Baca juga:
- Lelaki warga emas cedera dipercayai digigit buaya ketika menjala udang
- Jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia di Makkah
- Insiden Platform Sepat: PETRONAS siasat punca kejadian
“Kenyataan tersebut adalah fitnah dan manipulasi digital yang tidak benar serta boleh mengelirukan orang awam kerana YB Menteri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya.
Sehubungan itu, laporan rasmi telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk siasatan serta tindakan lanjut terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan kandungan palsu tersebut.


Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh atau menyebarkan maklumat tidak sahih, sebaliknya merujuk kepada saluran rasmi kerajaan bagi mendapatkan pengesahan maklumat yang tepat.








