Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan bahawa keutamaan beliau kini adalah memperkukuh gabungan parti itu serta memantapkan muafakat di seluruh negara dan bukannya menjadi calon Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian susulan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menegaskan bahawa pelantikan Dr Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN tidak bermakna beliau calon Perdana Menteri bagi gabungan itu.
“Siapa pun calon, keutamaan kita sekarang adalah memperkukuhkan Perikatan Nasional dan memantapkan muafakat seluruh negara demi menghadapi pilihan raya dengan lebih bersedia.
“Yang pasti TSMY juga bukan lagi calon PM,” kata Dr Ahmad Samsuri.
Baca juga:
- ‘Saya menentang mana-mana kerajaan tebuk atap’ – Dr Akmal Saleh
- Sim gesa BN Negeri Sembilan hormati objektif penubuhan Kerajaan Perpaduan
- PN Negeri Sembilan sedia bekerjasama dengan BN
Terdahulu, Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh, menjelaskan bahawa soal calon Perdana Menteri tidak pernah dibincangkan ketika pelantikan Dr Ahmad Samsuri dibuat. Menurut beliau, pelantikan itu adalah hasil desakan PAS yang bertegas mahukan Dr Ahmad Samsuri menggalas jawatan Pengerusi PN.
Beliau berkata, Majlis Tertinggi PN akur dengan keputusan tersebut, yang mungkin bertujuan memberi ruang dan peluang kepada pemimpin serta tokoh muda dalam gabungan itu.











