'Mereka thumbs up sebab menghormati perayaan kaum lain' - Netizen tegur tindakan Fathul Bari cuba aibkan 3 wanita dalam gambar viral | The Reporter

‘Mereka thumbs up sebab menghormati perayaan kaum lain’ – Netizen tegur tindakan Fathul Bari cuba aibkan 3 wanita dalam gambar viral

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


“Walaupun tidak makan babi, sebagai muslim thumbs up sambil senyum gembira di hadapan babi panggang merupakan sesuatu yang memualkan,” demikian tweet Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Fathul Bari pada Isnin. 

Tweet yang disertakan dengan gambar itu menunjukkan salah seorang daripada tiga wanita bertudung menunjukkan thumbs up di hadapan dua ekor babi panggang. 
Bagi Fathul, mereka yang berkenaan sepatutnya tidak mengambil mudah mengenai perkara itu dan bertanyalah sekiranya tidak tahu. 

Walaupun tidak makan babi, sbg muslim thumbs up sambil senyum gembira di hadapan babi panggang, merupakan sesuatu yg memualkan. #tuntutlahilmu #tanyajikatidaktahu #islamitumudah TAPI #jgnambilmudah pic.twitter.com/5cwnYRPDVL

— Dr. Fathul Bari (@drfathulbari) February 11, 2019


Namun netizen pula berasa ‘mual’ dengan tweet Fathul yang dianggap ‘sempit’ dan mengaibkan tiga wanita berkenaan. 

Tahu tak sensitivity tu apa? Should she vomit at the sight of pigs? Other religions do eat pigs & we should respect that. Bilanya nak maju kalau semua benda nak condemn? A picture has created an uproar just because of some narrow-minded & disrespectful people. Grow up.

— Kak Cik (@syiedazulkifli) February 12, 2019



Tuan. Secara jelasnya, kakak2 ni tak makan bab* hanya tunjuk thumbs up & mungkin mereka tak tahu perbuatan ni salah. Mungkin mereka bersama majikan mereka dlm perayaan CNY. Tuan boleh blur muka mereka jadi tak aibkan. Sy memilih dakwah diplomasi dari cara begini.

— alphabetical (@Syamsul_azuar) February 12, 2019



Cuma nak tanya, babi itu haram di makan, adakah lepas ini jika nampak babi, perlu di rendah kan pandangan? Adakah kalau berada berdekatan dengan babi, harus di tutup matanya agar tidak mepersendakan hukum Agama?

— “nekoN3k0” (@sarakuroneko) February 12, 2019



The thump up sign is for the photo posing.. has nothing to do with the roasted pork laying there. As a multiracial society being respect in other festival is normal and Islam do teaches respect and always be mindful of others. You could be fitnah those 3 ladies there.. be mindful

— Melvin Peter (@melvinpeterpaul) February 12, 2019


Tidak kurang juga yang mempertikaikan ketulenan gambar tersebut.

gambar edit. nampak sgt. kenapa patul cepat percaya?

— Antonio Samad (@Edie57929225) February 11, 2019



Istifar Ustaz..Ustaz hantar gambar fitnah..masyaAllah makin melalut Ustaz ni..malu lah sebut Islam zikir hari2..tapi sebar fitnah..Ustaz x tahu dosa ke? pic.twitter.com/1sKYNNVOoT

— Kamal Zakariah (@KamalZakariah) February 11, 2019



Sumber: Twitter Dr Fathul Bari
Leave a Reply
Related Posts