Miss International Malaysia 2025, Allyson Ee, bakal mempersembahkan kostum kebangsaan yang memukau bertemakan ‘Kurik Kundi’ pada pertandingan Miss International 2025 yang akan berlangsung di Tokyo, Jepun, pada 27 November 2025.
Kostum ini diinspirasikan oleh lagu ikonik Dato’ Sri Siti Nurhaliza, “Kurik Kundi”, dan mengangkat tema perpaduan Malaysia melalui budaya dan warisan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Rekaannya memadukan elemen daripada setiap negeri, dari Perlis sehingga Sabah, sebagai lambang kebanggaan, kepelbagaian, dan identiti bersama rakyat Malaysia.
Menerusi hantaran Instagram Miss Internatioal Malaysia, reka bentuk kostum menampilkan ikon-ikon terkenal seperti Wau Bulan dan Bunga Raya, serta beberapa simbol lain yang melambangkan semangat perpaduan rakyat Malaysia. Kostum ini turut menonjolkan mercu tanda dan tarikan ikonik negara yang menjadi destinasi pelancongan utama yang mencerminkan keharmonian rakyat Malaysia dan hubungan budaya dengan negara jiran.
Baca juga:
- Menteri Agama puji Jep Sepahtu, sifatkan inspirasi kepada golongan asnaf
- MP Masjid Tanah cadang Hospital Putrajaya dinamakan sempena Tun Dr Hasmah
- Lelaki maut dibaham harimau selepas masuk kandang di taman hidupan liar
Kostum ini dihasilkan oleh Faizal Azhar dan Helmy Sharip dan mendapat sentuhan solekan juga dari Helmy Sharip.
Acara ini mendapat sokongan rasmi daripada Malaysia Truly Asia, menjadikan kostum ini bukan sahaja lambang kecantikan dan seni, tetapi juga persembahan budaya yang mempamerkan keunikan Malaysia ke pentas antarabangsa.
Dalam satu hantaran di Instagram, Allyson Ee turut menzahirkan rasa bangga dan gembira dengan seni dan kreativiti yang ditonjolkan pada kostum berkenaan.









