Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kehilangan seekor kucing peliharaan stesen minyak Shell Beseri di Kangar, Perlis yang dikenali sebagai Misai.
Kehilangan Misai, seekor kucing betina yang menjadi ‘maskot’ kesayangan kakitangan di situ, menimbulkan kerisauan ramai kerana haiwan itu menghidap penyakit FIP dan masih menjalani rawatan.
Namun, menerusi satu perkongsian terbaru di akaun TikTok rasmi Shell Beseri, Misai dilaporkan sudah dipulangkan dengan selamat oleh seorang individu yang dipercayai wanita.
Menurut penjelasan kakitangan stesen itu dalam siaran langsung di platform berkenaan, wanita terbabit tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk mencuri Misai, sebaliknya hanya risau melihat kucing itu berkeliaran sendirian.
“Bukan niat dia nak curi, cuma dia risau tengok Misai masa tu. Dia pun pencinta kucing,” jelas salah seorang kakitangan Shell Beseri.
Baca juga:
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
Dalam siaran langsung itu juga, kelihatan Misai sedang tidur lena dan dimaklumkan baru sahaja selesai makan dan mungkin sedikit keletihan.
Terdahulu, pihak Shell Beseri memohon bantuan orang ramai untuk menularkan berita kehilangan Misai bagi membantu usaha mencarinya. Berita itu kemudiannya menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang turut sama berkongsi rasa simpati dan sokongan.








