5 Remaja ditahan halang laluan ambulans | The Reporter

5 Remaja ditahan halang laluan ambulans

Video tular aksi berbahaya lima remaja yang menghalang laluan ambulans.
Video tular aksi berbahaya lima remaja yang menghalang laluan ambulans.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Lima remaja lelaki ditahan polis selepas tular video memaparkan mereka menunggang motosikal secara berbahaya dan menghalang laluan ambulans di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kesemua suspek berusia 17 tahun dan masih bersekolah itu diberkas di sekitar Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara pukul 3 petang hingga 9 malam pada Isnin.

Menurut beliau, siasatan mendapati kejadian berlaku pada 19 Oktober lalu, ketika ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menuju ke lokasi kemalangan di Kilometer 260 lebuh raya sama.

“Ambulans tersebut dihalang oleh sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya di lorong kanan,” katanya.

Baca juga:

Terdahulu, tular video yang merakamkan aksi ‘superman’ lima remaja berkenaan ketika mereka menghalang laluan sebuah ambulans.

Kesemua suspek kini direman dua hari selepas dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Sumber: Utusan Malaysia

Related Posts