'Aku menang RM500K hasil nombor ekor, kalau sedekah pada anak yatim dapat pahala tak?' | The Reporter

‘Aku menang RM500K hasil nombor ekor, kalau sedekah pada anak yatim dapat pahala tak?’

Seorang individu bertudung hitam berdiri dalam bayangan gelap dengan imej tiket nombor ekor di latar, menggambarkan isu duit hasil judi haram dan rasa bersalah selepas menang RM500K.
Luahan anonymous menang RM500K hasil nombor ekor cetus persoalan hukum — niat sedekah tetap tak halalkan sumber haram. | Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Luahan seorang pengguna anonymous (tanpa nama) di platform X (dulu Twitter) baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila dia mendedahkan dirinya baru memenangi jackpot 4D Toto bernilai RM500,000.

Namun, bukannya gembira, dia sebaliknya dihantui rasa bersalah.

“Aku memang tak nak spend dekat family dan orang yang aku sayang since sumber haram. Boleh ke kalau aku donate half ke pusat anak yatim? Jadi haram ke? Pahala dapat juga ke?” tulisnya.

Dalam perkongsian itu, individu tersebut turut menjelaskan bahawa dia tidak pernah menang besar sebelum ini. Hanya sekitar RM200 sahaja dan kali ini berasa keliru sama ada kemenangan itu rezeki atau ujian Tuhan.

Luahan Anonymous di X Mein
Pandangan agama: Wang judi tidak boleh dianggap rezeki

Dalam Islam, perjudian termasuk 4D, Toto dan seumpamanya adalah haram secara mutlak. Segala hasil atau kemenangan daripada aktiviti itu dikategorikan sebagai harta haram dan tidak boleh digunakan untuk kegunaan peribadi, keluarga mahupun ibadah.

Menurut pandangan para ulama, duit yang diperoleh daripada sumber haram tidak memberi pahala walaupun disalurkan untuk kebajikan, kerana Allah tidak menerima sedekah daripada sumber yang kotor.

Baca juga:

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Jika seseorang sudah terlanjur memiliki wang hasil judi, para ilmuwan menyarankan agar wang itu dilupuskan tanpa niat sedekah, misalnya diserahkan kepada pihak berkuasa agama atau digunakan untuk kemaslahatan awam, bukan atas tujuan mendapat ganjaran pahala.

Main ‘suka-suka’ tetap dosa dan boleh jadi ujian

Walaupun sesetengah menganggap bermain nombor ekor hanya sebagai hiburan atau ‘main kecil-kecilan’, hakikatnya ia tetap termasuk dalam kategori maisir (judi) yang diharamkan secara jelas dalam al-Quran.

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, berhala dan azlam (undi nasib) itu adalah najis daripada amalan syaitan. Maka jauhilah ia agar kamu beroleh kejayaan.”
(Surah al-Maidah: 90)

Kemenangan yang dianggap ‘rezeki besar’ itu mungkin bukan tanda keberuntungan, tetapi ujian daripada Allah sama ada seseorang memilih untuk bertaubat atau terus leka dalam dosa.

Kisah pengguna anonymous ini membuka persoalan besar tentang batas rezeki dan ujian. Apa yang nampak seperti tuah mungkin sebenarnya peringatan supaya kita menjauhkan diri daripada sumber yang tidak halal.

Dalam Islam, keberkatan lebih utama daripada jumlah kerana rezeki yang halal walau sedikit lebih bernilai di sisi Tuhan berbanding harta haram yang melimpah ruah.

Sumber: X Mein

Related Posts