Sempat makan bersama anak-anak, lelaki meninggal dunia sehari selepas keluar hospital | The Reporter

Sempat makan bersama anak-anak, lelaki meninggal dunia sehari selepas keluar hospital

Nurihsan Nordin bergambar bersama keluarga sehari sebelum meninggal dunia.
Gambar: Facebook Wan Samira.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Suasana pilu menyelubungi keluarga arwah Nurihsan Nordin, suami kepada Farah, wanita hamil yang maut dalam kemalangan jalan raya di Bukit Belah, Machang, pada 19 Oktober lalu.

Selepas beberapa hari bertarung nyawa, Nurihsan yang sebelum ini dirawat di hospital akhirnya disahkan meninggal dunia pagi tadi, hanya sehari selepas dibenarkan pulang ke rumah.

Menerusi hantaran dikongsi oleh ibu saudaranya di media sosial, difahamkan arwah sempat meluangkan masa bersama dua anak kecilnya selepas keluar dari hospital semalam.

“Arwah discharge semalam, sempat makan bersama anak-anak. Anak-anak suap abi. Ise (panggilan keluarga) nak balik tengok anak-anak, nak makan masakan mak buat kali terakhir,” tulis ibu saudara berkenaan dalam hantaran menyentuh hati itu.

Menurut beliau lagi, arwah sempat meminta air oren dan makanan kegemarannya sebelum pergi buat selamanya.

“Ise suruh ma buat air oren semalam, Ise tak habis makan, mokteh habiskan nasi Ise. Mokteh sayang Ise. Ise rindu Farah, kan…” tulisnya lagi.

Baca juga:

Kemalangan tragis yang berlaku berhampiran kawasan Perumahan PPR Bukit Belah, Machang pada 19 Oktober itu melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah Toyota Vios dan Proton Exora. Dalam kejadian tersebut, Farah yang sedang hamil disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Nurihsan dan dua anak mereka terselamat.Nurihsan dikatakan mengalami patah tulang pinggul, paru-paru cedera dan ada gegaran otak.

Namun, takdir menentukan bahawa selepas hanya sehari pulang ke pangkuan anak-anak, Nurihsan turut “menyusul” isterinya ke negeri abadi, meninggalkan dua cahaya mata yang masih kecil.

“Ujian berat penghujung tahun 2025. Ini gambar terakhir, gambar semalam masa dia boleh discharge,” tulisnya.

Related Posts