Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pendidik tampil berkongsi pandangan positif mengenai kepimpinan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dengan menyifatkan tempoh beliau menerajui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai antara yang paling baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Menurut pendidik berkenaan, pelbagai perubahan dan penambahbaikan dapat dirasai secara langsung oleh warga pendidik di bawah kepimpinan Fadhlina.
“Saya seorang cikgu zaman Madani, masa YB Fadhlina jadi menteri ni la paling best. RPH siap awal sebab tak perlu tulis macam-macam. Tuntutan perjalanan, perpindahan dan kursus pun tak sampai 24 jam duit dah masuk bank!” katanya.
Tambahnya, kemudahan di sekolah juga semakin baik apabila pelbagai fasiliti seperti meja, kerusi, mesin pencetak, komputer dan laptop dihantar bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran.
“Baiki rumah cikgu pun semakin rancak. Dia (Fadhlina) mungkin tidaklah sempurna, tapi lebih baik daripada sebelumnya sejak 2018 hingga sekarang,” katanya lagi.

Baca juga:
- ‘Fadhlina Sidek Menteri paling best, lebih baik daripada sebelumnya’
- Setiausaha Agung FAM digantung tugas serta-merta
- Lelaki luah kecewa dipotong gaji kerana Solat Jumaat
Pendidik berkenaan turut menegur tindakan segelintir netizen yang mudah mempercayai fitnah dan mengkritik Menteri Pendidikan itu tanpa usul periksa.
“Netizen terlalu dangkal mempercayai fitnah dan menghina beliau,” katanya dengan nada kesal.
Beliau turut memuji inisiatif KPM membawa isu kemanusiaan Palestin ke sekolah serta memperluas implementasi pengajaran hadis sebagai langkah membina sahsiah pelajar yang seimbang dari aspek akademik dan nilai.
Namun begitu, pendidik berkenaan turut menegaskan masih terdapat perkara yang perlu diberi perhatian, terutama isu bebanan kerja pendidik yang menurutnya masih belum ditangani sepenuhnya.
“Ada beberapa perkara perlu dibaiki, contohnya beban kerja cikgu yang masih berat,” jelasnya.