PU Rahmat mohon maaf, terlanjur bergurau berlebihan | The Reporter

PU Rahmat mohon maaf, terlanjur bergurau berlebihan

PU Rahmat Ikhsan mohon maaf atas gurauan berlebihan ketika Himpunan Solidariti Gaza di Axiata Arena.
Tangkap layar video semasa ucapan PU Rahmat di atas pentas Himpunan Solidariti Gaza di Axiata Arena malam tadi.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Aktivis Global Sumud Flotilla yang juga pendakwah bebas, PU Rahmat Ikhsan memohon maaf atas keterlanjurannya bergurau secara berlebihan di atas pentas Himpunan Solidariti Gaza di Axiata Arena malam tadi.

PU Rahmat tampil mohon maaf atas gurauan yang menimbulkan salah faham, apabila beliau dikatakan menyamakan status dirinya sebagai “banduan” dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX).

Katanya, gurauan itu sebenarnya berpunca daripada perbualan mereka sebelum ini menerusi panggilan video, di mana PMX sendiri berseloroh mengatakan status mereka sama.

“Sebenarnya, gurauan tu datang daripada PMX sendiri. Masa video call dulu, beliau kata ‘status kita dah sama, banduan’. PMX ni orangnya humorist, orang yang suka berjenaka,” jelas PU Rahmat.

@malaysiatribune

Aktivis Global Sumud Flotilla yang juga pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan memohon maaf atas keterlanjurannya bergurau secara berlebihan di atas pentas Himpunan Solidariti Gaza di Axiata Arena sebentar tadi. #malaysiatribune #beritasemasa #sumudflotilla #rahmatnusantara

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Beliau turut berkongsi bahawa ketika berada dalam penjara, beliau dan rakan-rakan tahanan sering berjenaka sesama sendiri untuk mengurangkan tekanan.

“Begitulah kami ketika berada dalam penjara,kami bergurau senda sesama kami supaya kami tak rasa beban dalam ujian itu. Sebab kita tahu akhirnya kita akan gelakkan diri kita yang kadang-kadang dunia ni terlalu sempit,” katanya.

Baca juga:

PU Rahmat turut memohon maaf kepada semua pihak yang mungkin terasa, sambil menegaskan bahawa beliau sudah pun bertemu PMX dan memohon maaf secara peribadi.

“PMX siap kata ‘memang saya banduan’. Jadi saya pun harap semua dapat berlapang dada. Saya pun minta maaf kalau cara saya nampak keterlaluan,” tambahnya.

Sumber: MalaysiaTribune

Related Posts