Global Sumud Flotilla bukti semangat kemanusiaan tanpa batas - YDPA | The Reporter

Global Sumud Flotilla bukti semangat kemanusiaan tanpa batas – YDPA

YDPA Sultan Ibrahim berbual bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah ruang istana, menggambarkan pertemuan rasmi membincangkan isu semasa termasuk Global Sumud Flotilla.
YDPA Sultan Ibrahim berbincang dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai Global Sumud Flotilla. | Kredit gambar: Istana Negara / FB Sultan Ibrahim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan bahawa Global Sumud Flotilla (GSF) adalah misi kemanusiaan yang murni dalam membantu mereka yang terkesan dengan kelaparan, khususnya warga emas, wanita dan kanak-kanak.

Baginda menzahirkan penghargaan terhadap keberanian sukarelawan termasuk rakyat Malaysia yang sanggup menggalas cabaran demi membawa mesej kemanusiaan ke peringkat antarabangsa.

Baca juga:

Sultan Ibrahim menegaskan bahawa usaha sukarelawan GSF sekadar membawa bekalan makanan, namun mereka dihalang dan ditahan. Situasi itu, titah Baginda, jelas bercanggah dengan nilai kemanusiaan sejagat.

“Semoga setiap usaha murni yang sedang dilakukan serta digerakkan kerajaan dalam membantu sukarelawan rakyat kita dipermudahkan dan dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta’ala,” titah Baginda dalam kenyataan Royal Press Office hari ini.

Seri Paduka turut menerima taklimat mengenai perkembangan semasa GSF, termasuk langkah-langkah yang sedang digerakkan Malaysia bagi membebaskan sukarelawan yang terlibat.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

Sumber: Instagram YDPA Sultan Ibrahim

Related Posts