Subsidi RON95: Kerajaan hadkan isian berulang kali sehari, elak penyelewengan | The Reporter

Subsidi RON95: Kerajaan hadkan isian berulang kali sehari, elak penyelewengan

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bercakap pada sidang media mengenai mekanisme baharu kawalan subsidi RON95.
Kerajaan perketat kawalan subsidi RON95, hadkan isian berulang kali sehari bagi elak penyelewengan.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Isu penyelewengan subsidi petrol sering menimbulkan keresahan kerana ia menafikan hak rakyat yang layak menikmati kemudahan tersebut. Justeru, kerajaan mengambil langkah proaktif dengan memperketat kawalan agar bantuan ini tidak disalahgunakan.

Kerajaan bakal memperkenalkan beberapa langkah tambahan bagi memastikan subsidi petrol RON95 benar-benar dinikmati rakyat yang layak dan tidak disalahgunakan pihak lain, termasuk warga asing atau individu yang cuba mengambil kesempatan.

Baca juga:

Mekanisme baharu kawal isian berulang

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dipetik Kosmo! Online sebagai berkata, antara mekanisme baharu yang akan dikuatkuasakan ialah menghadkan penggunaan bagi mengelakkan isian berulang kali dalam tempoh sehari.

Katanya, kerajaan mempunyai rekod lengkap jumlah isian petrol setiap individu sama ada harian atau bulanan, sekali gus membolehkan pemantauan lebih ketat selepas subsidi bersasar dilaksanakan hujung bulan ini.

“Kerajaan tidak akan benarkan mereka yang membuat isian berkali-kali dalam sehari. Mekanisme tambahan ini akan dijelaskan secara lebih terperinci nanti,” katanya.

TERKINI: Kerajaan nafi hadkan pembelian RON95 sehari sekali

Stesen minyak diyakini bersedia

Amir Hamzah turut menolak kebimbangan stesen minyak mungkin tidak bersedia apabila subsidi bersasar dilaksanakan hujung bulan ini.

Beliau menegaskan projek itu sudah lama dipersiapkan bersama syarikat minyak sejak hujung tahun lalu bagi memastikan semua sistem berjalan lancar.

Related Posts