'Hilang selera nak makan' - Lelaki kesal rider tinggalkan pesanan makanan atas longkang | The Reporter

‘Hilang selera nak makan’ – Lelaki kesal rider tinggalkan pesanan makanan atas longkang

Pesanan makanan diletakkan atas penutup longkang berhampiran pondok pengawal.
Pelanggan kesal apabila pesanan makanan ditinggalkan atas longkang berhampiran pondok pengawal.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pelanggan meluahkan rasa kesal apabila pesanan makanannya diletakkan di atas longkang berhampiran pondok pengawal keselamatan kediamannya. Perkara itu dikongsikan pengguna TikTok, ZuwwanX, yang memuat naik rakaman menunjukkan bungkusan makanan diletakkan di atas penutup longkang.

Arahan jelas, namun lain yang dilakukan

Menurut ZuwwanX, beliau sudah memaklumkan agar makanan ditinggalkan di pondok pengawal kerana penghantar tidak dibenarkan masuk ke kawasan perumahan. Namun, penghantar tersebut tetap meletakkannya di atas longkang yang hanya beberapa inci dari pondok pengawal itu.

@zuwwanjer

Salam bro.. bukan apa .. ni makanan . Benda basic ja. Letak kt guardhouse .memang kalau hantar makanan tempat lain pun encik bro letak kt longkang ke ? Pikir logik la. Serius cakap benda ni tak ptut berlaku .. sebab ni makanan!! Dan mcm mana pola pemikiran otak kau berfungsi untuk push diri kau letak makanan di longkang !!!??? Padahal guardhouse brapa inci je tepi tu..selalu saya oder panda semua ok xda msalah apa. Grab kadang2 ja.cuma dh lama x guna grab. Kali ni saya try la. Kalau ada kucing ka . Anjing ka .mcm mna ? Tak boleh pikir ka benda basictu. Aku ni takdak lagi kejam sangat . Aku faham macam mana susah cari makan .. aku x spill no plate moto ko.. aku x report koo.. cuma aku terkilan sikit . Nextime tolong hati2 sikit lah bro.. aku jaga aib ko.. kang report tak running plak grab ko.. kesian kt ko jgk . Aku xkejam mcm tu.. serius cakap aku betul barai sikit r mood makan.. #grabfood #grab #food #foodgrab #fyp

♬ original sound – Founder Misi – Founder Misi

“Ini makanan, benda basic saja. Kalau guard tak bagi masuk, boleh letak di guardhouse. Logiknya, siapa sanggup makan kalau makanan diletakkan atas longkang? Kalau ada kucing atau anjing datang, macam mana?” katanya.

Baca juga:

Walaupun geram dengan apa yang berlaku, ZuwwanX tetap tidak mendedahkan nombor plat motosikal penghantar atau membuat laporan rasmi kepada pihak p-Hailing. Dan kejadian itu tetap menjejaskan seleranya untuk menjamah makanan yang dipesan.

Reaksi netizen

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi. Ada yang berpihak kepada pelanggan kerana berpendapat aspek kebersihan makanan perlu dijaga, manakala sebahagian lain beranggapan penghantar mungkin menghadapi kekangan masa dan kekeliruan dengan arahan keselamatan.

Walau bagaimanapun, kebanyakan netizen bersetuju tindakan meletakkan makanan di atas longkang tidak wajar kerana boleh menjejaskan kebersihan dan keselamatan makanan.

Related Posts