Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini daripada empat pertuduhan memuat naik kandungan video muzik kontroversi Kelepok Raya tiga tahun lalu.
Keputusan itu dibuat Hakim Ahmad Fuad Othman selepas meneliti hujahan tambahan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan.
Aliff sebelum ini berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat naik video berunsur sumbang di akaun Instagram miliknya pada April 2022. Jika sabit kesalahan, beliau boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara setahun.
Baca juga:
- Amira Othman umum hamil 30 minggu
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
Usahawan berkenaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.
Terdahulu, video muzik berdurasi lima minit 23 saat itu mencetuskan kontroversi apabila menampilkan aksi penari lelaki yang dikritik ramai yang dianggap mencemarkan kemeriahan sambutan Aidilfitri.
Sumber: Harian Metro, MalaysiaGazette.








