Penuntut China berdepan 8 pertuduhan cubaan bunuh, dihantar ke Hospital Bahagia | The Reporter

Penuntut China berdepan 8 pertuduhan cubaan bunuh, dihantar ke Hospital Bahagia

Seorang wanita berbaju t-shirt kuning dengan kesan lebam di muka dan mata, dibawa anggota polis wanita berpakaian seragam hitam.
Penuntut universiti warga China, Liu Ting, dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari | Kredit gambar: BERNAMA

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang penuntut universiti warga China, Liu Ting, 24, diarah menjalani pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, selepas didakwa atas lapan pertuduhan cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan terhadap tujuh individu.

Hakim Mahkamah Sesyen Normastura Ayub dan Majistret Fatin Dayana Jalil membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan tertuduh kelihatan keliru serta seolah-olah tidak memahami pertuduhan yang dibacakan.

Mahkamah turut menolak permohonan ikat jamin memandangkan kesalahan yang dihadapi tertuduh bersifat serius. Sebutan semula kes ditetapkan pada 19 September depan.

Wanita berbaju belang putih ditahan polis di Kajang.
Wanita bersenjatakan pisau ditahan di Kajang. | Kredit gambar: Orang Awam

Baca juga:

Lapan pertuduhan melibatkan pisau

Di Mahkamah Sesyen, Liu mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan, tiga daripadanya berkait cubaan membunuh dan mencederakan dua lelaki berumur 19 dan 21 tahun serta seorang wanita berusia 35 tahun, manakala dua lagi melibatkan kecederaan parah terhadap seorang wanita 60 tahun dan seorang lelaki 27 tahun menggunakan sebilah pisau.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Liu didakwa menyebabkan kecederaan terhadap tiga lagi individu berusia antara 21 hingga 53 tahun di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau sebatan.

Kesemua insiden berlaku antara jam 11.39 pagi hingga 12 tengah hari pada 13 Ogos lalu di sekitar kawasan Jalan Besar dan Kompleks Metropoint, Kajang. Kejadian itu turut dirakam orang awam dan tular di media sosial, memperlihatkan Liu keluar dari keretanya sambil memegang pisau serta beberapa penunggang motosikal yang cedera.

Sumber: Bernama

Related Posts