Seorang wanita bersenjatakan pisau ditahan orang awam selepas dipercayai mencetuskan kekecohan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Metro Point Complex di Kajang, hari ini.
Dalam kejadian itu, suspek yang memandu sebuah kereta dilaporkan melanggar sebuah motosikal sebelum keluar daripada kenderaan dan menyerang beberapa individu yang cuba menenangkannya.
Suspek turut dilihat cuba menikam beberapa orang dan sempat mencederakan seorang penunggang motosikal.
Selepas insiden itu, suspek melarikan diri ke dalam pusat beli-belah sambil memegang pisau, menyebabkan panik dalam kalangan orang awam di kawasan berkenaan.
Baca juga:
- Pelajar UCYP terima sijil penghargaan, bantu lancarkan pergerakan ambulans ke HTAA
- Kerajaan kekal iktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di- Pertuan Negeri Sembilan
- Tunku Nadzaruddin ditabal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12

Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan oleh dua orang awam yang kemudian turut merampas senjata yang dipegangnya sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Punca sebenar kejadian masih belum diketahui. Rakaman video insiden berkenaan yang tular di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk pujian terhadap keberanian individu yang membantu menahan suspek.








