PM Anwar sokong RXZ Members 7.0, salur RM100k & seru kibarkan Jalur Gemilang | The Reporter

PM Anwar sokong RXZ Members 7.0, salur RM100k & seru kibarkan Jalur Gemilang

Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama latar belakang acara RXZ Members 7.0 yang dipenuhi deretan motosikal dan pengunjung.
PM Anwar umum sokongan RM100k untuk RXZ Members 7.0, seru peserta kibarkan Jalur Gemilang. | Kredit gambar: Harian Metro, Fortune

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran program RXZ Members 7.0 2025 yang bakal berlangsung di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu pada 23 Ogos ini.

Dalam kenyataannya, Anwar menegaskan bahawa acara tersebut bukan sekadar himpunan peminat motosikal, sebaliknya menjadi wadah memperkukuh perpaduan, semangat patriotisme dan pembangunan ekonomi setempat. Beliau turut mengajak semua peserta mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kecintaan kepada tanah air sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.

Baca juga:

Peranan komuniti permotoran diiktiraf kerajaan

Menurut Anwar, kerajaan MADANI mengiktiraf sumbangan komuniti permotoran sebagai pemangkin kebersamaan serta penyumbang kepada pembangunan ekonomi melalui aktiviti berimpak tinggi.

“Kerajaan MADANI akan terus menyokong inisiatif masyarakat yang membawa manfaat bersama, memperkukuh perpaduan serta membina budaya permotoran yang positif, selamat dan berdaya maju,” katanya.

Bagi memastikan kelancaran, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarahkan memberi bantuan kawalan keselamatan sepanjang acara berlangsung.

Peruntukan awal RM100,000 dan doa kelancaran

Kerajaan turut menyalurkan peruntukan awal RM100,000 sebagai tanda komitmen menjayakan program kali ini, dengan perbincangan lanjut mengenai keperluan tambahan akan dibuat bersama penganjur pada minggu depan.

Dalam masa sama, komuniti RXZ Members mengucapkan penghargaan kepada Anwar dan Kerajaan MADANI kerana menyokong penganjuran edisi kali ini. Mereka mendoakan agar perjalanan semua penunggang yang hadir ke Terengganu berjalan lancar serta selamat.

Sumber: Facebook RXZ Members – Official

Related Posts