Netizen puji ADUN Duyong tangani kes bendera terbalik secara profesional | The Reporter

Netizen puji ADUN Duyong tangani kes bendera terbalik secara profesional

ADUN Duyong, Mohd Noor Helmy melihat rakaman CCTV di telefon yang menunjukkan bendera Malaysia dipasang terbalik di persimpangan jalan di Melaka.
ADUN Duyong, Mohd Noor Helmy

Insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah kilang di Texas Instruments, Melaka semalam mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Namun siasatan pantas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy, membantu merungkai kekeliruan apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian berlaku secara tidak sengaja.

Rakaman CCTV bongkar bendera tercabut dan tersangkut

Menerusi hantaran di Facebook, Mohd Noor Helmy memaklumkan beliau menerima aduan berhubung insiden tersebut sebelum membuat siasatan dan meneliti rakaman CCTV di lokasi kejadian.

“Saya dah tengok rakaman CCTV Texas Instruments Melaka. Tercabut, tersangkut dan terbalik. Nasib baik ada CCTV, walaupun puas juga nak belek-belek,” katanya.

Baca juga:

Keadaan bendera yang disangka dipasang secara terbalik di kilang Texas Instruments | Kredit gambar: Facebook Mohd Noor Helmy

Beliau turut berkongsi gambar bendera tersebut di lokasi dan meminta orang ramai menunggu kenyataan rasmi pihak kilang sebelum membuat sebarang andaian.

“Yang tukang gantung bendera tu pun dah tak tentu arah hidup dia. Nanti kau tunggulah kenyataan rasmi kilang. Ini kenyataan dari waibee kampung je sebelum benda bukan-bukan berlaku,” jelasnya.

Pekerja Texas Instruments tampil kongsi bukti gambar bendera dipasang secara betul sebelum kejadian | Kredit gambar: Kamsiah Abdul Rahim
Tindakan berhemah ADUN Duyong dipuji netizen

Tindakan segera dan berhemah oleh wakil rakyat itu meraih pujian daripada ramai netizen yang menyifatkan beliau sebagai contoh pemimpin yang matang dan bertanggungjawab.

YB Duyong ini ada bahasa, ada adab, ada cara harmoni untuk selesaikan masalah,” komen Mohamad Sonin.

“Saya sokong cara YB. Pantas, tepat dan cepat check isu ini. Lebih-lebih lagi sekarang tengah panas kes bendera pasang terbalik,” kata Ahmad Taufiq.

“Ini baru betul, siasat dengan cermat, tak maki hamun, tak sebar fitnah. Bila betul caranya, baru tahu punca,” kata Firdaus.

“Ini yang kita mahukan, pantas buat kenyataan. Jika isu teknikal, terangkan dengan bukti. Bila lambat bertindak, rakyat mula buat persepsi sendiri,” tambah Joe Husin.

Sumber: Facebook Mohd Noor Helmy

Related Posts