Aslam, pelajar OKU cerebral palsy terharu diraikan di hari terakhir praktikal di UniSZA | The Reporter

Aslam, pelajar OKU cerebral palsy terharu diraikan di hari terakhir praktikal di UniSZA

Senyuman tidak lekang dari wajah Aslam menerima sebiji kek dari UniSza.
Senyuman tidak lekang dari wajah Aslam menerima sebiji kek. Gambar: Tangkap layar video Aslam.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pelajar praktikal orang kurang upaya (OKU), Muhammad Aslam, menyentuh hati ramai apabila menzahirkan penghargaan tulus terhadap Pusat Kesenian dan Warisan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sempena hari terakhirnya menjalani latihan industri di pusat tersebut.

Aslam, yang merupakan individu istimewa dengan kondisi cerebral palsy, diraikan dengan rakan-rakannya dengan momen yang cukup indah walaupun hanya dengan sebiji kek dan senyuman yang tidak lekang dari wajahnya.

“Menikmati kek yang dibagi oleh tempat intern saya, Pusat Kesenian dan Warisan. Terima kasih sudi menerima saya menjalani latihan industry disini,” tulisnya.

Sebelum mengakhiri tempoh latihannya, Aslam turut memuat naik satu hantaran di akaun Instagram miliknya dengan kapsyen menyentuh hati.

“Berat hati nak tinggalkan tempat ni bila baki tersisa sebelum meninggalkan tempat ini, ” katanya.

Hantaran Aslam di Thread

Tindakan pihak Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA itu turut dipuji warga maya yang menyifatkan ia sebagai contoh terbaik dalam memupuk inklusiviti serta mengiktiraf sumbangan semua individu tanpa mengira kekurangan.

Tidak kurang juga yang menitipkan doa agar perjalanan hidup Aslam selepas ini dipenuhi kejayaan dan keberkatan.

Related Posts