Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ruhainies menegaskan dia tidak pernah sekalipun hidup mewah hasil tajaan mana-mana lelaki kaya. Fitnah sebegitu katanya bukan saja memalukan, malah menjatuhkan maruahnya sebagai wanita dan selebriti.
Segalanya bermula apabila seorang individu meninggalkan komen mendakwa gaya hidup Ruhainies ditaja oleh “sugar daddy”. Tidak berdiam diri, pelakon itu memuat naik tangkap layar komen berkenaan dan tampil mempertahankan diri secara terbuka.
“Demi Allah saya tak pernah dibela sugar daddy atau seangkatan dengannya seumur hidup saya,” katanya dalam satu hantaran tegas di Instastory.

Walaupun individu terbabit kemudiannya tampil memohon maaf dan mendakwa akaun Instagramnya telah digodam, Ruhainies menolak mentah-mentah alasan tersebut. Dia tidak berpuas hati dengan permohonan maaf melalui mesej peribadi dan menuntut agar kes itu diselesaikan secara rasmi.
“Jumpa saya di balai polis. Jangan minta maaf dalam DM, itu tidak cukup,” katanya lagi.
Baca juga:
- Isu gelaran juara, Zaha Spring pertahan kenyataan Ameng
- Dari gurauan jadi kenyataan, lelaki sahut cabaran TokTi joging 8KM
- Ameng nafi dakwaan tuju istilah ‘juara tak ke mana’ pada individu
“Duit dia memang banyak, tak payah ditaja” – Risteena
Tindakan Ruhainies itu turut mendapat sokongan kakaknya, Risteena, yang menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak masuk akal.
“Duit dia memang banyak. Tak payah pun nak ada sugar daddy bela dia,” katanya.
Menurut Risteena, adiknya sudah lama berdikari dan berusaha keras dalam dunia seni, jadi tidak wajar dituduh sedemikian rupa hanya kerana hidupnya kelihatan senang. Malah, dia turut menyatakan kesediaan untuk menyediakan peguam agar Ruhainies dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah berkenaan.


Ruhainies tegas mahu selesaikan sampai habis
Bagi Ruhainies, ini bukan soal suka-suka. Tuduhan sebegini boleh merosakkan reputasi dan karier seseorang, lebih-lebih lagi apabila dilemparkan secara terbuka di media sosial.
“Saya bukan jenis diam kalau dihina secara terbuka macam ini. Saya akan selesaikan sampai habis,” tegasnya.
Walaupun belum ada pengesahan rasmi mengenai laporan polis, tindakan tegas Ruhainies mendapat sokongan netizen yang turut mengecam sikap sesetengah pihak yang gemar membuat andaian tanpa usul periksa.








