Gempa bumi 8.8 magnitud cetus tsunami di Rusia | The Reporter

Gempa bumi 8.8 magnitud cetus tsunami di Rusia

Pesisir pantai Rusia dilanda tsunami, air laut melimpah masuk ke kawasan pelabuhan.
Keadaan pelabuhan di Kepulauan Kuril, Rusia selepas dilanda tsunami susulan gempa bumi 8.8 magnitud. | Kredit gambar: Al-Jazeera
Gelombang 4 meter landa pesisir, beberapa cedera ringan tetapi tiada mangsa terkorban

Petropavlovsk-Kamchatsky – Gempa bumi kuat yang melanda timur jauh Rusia semalam disahkan tidak mengakibatkan sebarang kematian, meskipun kawasan pesisir dilanda gelombang tsunami setinggi empat meter.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kejadian yang berlaku berhampiran semenanjung Kamchatka itu menyebabkan beberapa bangunan terjejas termasuk sebuah taska di kawasan Severo-Kurilsk, namun semua penduduk dilaporkan selamat.

“Setakat ini, tiada korban jiwa direkodkan. Beberapa individu mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan,” menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan kerajaan tempatan pada pagi Rabu.

Pusat gempa | Kredit gambar: Euro News

Pusat gempa dicatat pada kedalaman kira-kira 19 kilometer di bawah laut, dengan magnitud 8.8, menjadikannya antara yang terkuat pernah direkodkan di rantau itu sejak tahun 1952.

Baca juga:

Ribuan dipindahkan, tsunami turut cetus panik di Jepun

Susulan gempa tersebut, agensi pemantauan tsunami antarabangsa mengeluarkan amaran menyeluruh ke seluruh rantau Pasifik termasuk Jepun, Hawaii, Alaska dan pantai barat Amerika Syarikat.

Di Jepun, lebih 1.9 juta penduduk diarahkan berpindah dari kawasan pesisir Hokkaido, manakala kakitangan loji nuklear Fukushima turut dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Gelombang tsunami setinggi hampir tiga meter turut dilaporkan melanda beberapa kawasan pantai di negara itu, namun pihak berkuasa mengesahkan tiada kemalangan jiwa berlaku.

@abcnewsaus

Tsunami waves of up to 4 metres have been reported in Russia’s Far East after a massive earthquake. The magnitude-8.8 quake was shallow, at a depth of under 20 kilometres, prompting tsunami alerts in parts of Russia, Japan and Hawaii. Evacuation orders have also been issued and there are reports of injuries and damaged buildings in Russia. People sought higher ground in Japan after its meteorological agency issued a tsunami alert for Japan’s Pacific coast. The Pacific Tsunami Warning Center said waves of 1 to 3 meters above tide level were possible along some coastal areas of Hawaii, Chile, Japan and the Solomon Islands. Waves of more than 3 meters were possible along some coastal areas of Russia and Ecuador. #ABCNews#Tsunami #Earthquake #Russia #Japan #Hawaii

♬ original sound – ABC News Australia – ABC News Australia
Kerajaan isytihar darurat, operasi pemulihan segera digerakkan

Pihak berkuasa Rusia telah mengisytiharkan darurat di wilayah terjejas dan mengarahkan operasi pemulihan infrastruktur bermula serta-merta.

Pasukan penyelamat, tentera dan sukarelawan dikerahkan bagi membantu kerja pembersihan dan pemeriksaan keselamatan bangunan.

Gempa bumi itu juga menyebabkan gangguan bekalan elektrik sementara di beberapa kawasan, namun kebanyakan sistem utiliti berjaya dipulihkan dalam tempoh 12 jam.

Sementara itu, pakar geologi mengesahkan bahawa kejadian ini adalah hasil pergerakan semula jadi lempeng bumi dan menolak sebarang dakwaan konspirasi berkait kuasa asing atau senjata geologi.

Sumber: Reuters, The Guardian, NDTV, ABC News, Economic Times, AP News, Pacific Tsunami Warning Center (PTWC)

Related Posts