Himpunan tetap diteruskan
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan pengumuman bantuan RM100 dan penurunan harga minyak oleh Perdana Menteri sebagai usaha meredakan suhu politik menjelang Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan Sabtu ini.
Menurut beliau, langkah tersebut tidak akan menjejaskan perancangan rakyat untuk berhimpun menyuarakan ketidakpuasan terhadap kerajaan.
“Umum sekadar untuk redakan ‘kepanasan’ elak rakyat turun pada himpunan Sabtu ini, ia tak akan jejaskan perancangan rakyat untuk berhimpun. Saya percaya lebih ramai akan hadir dengan modal RM100 yang diberikan itu,” katanya.
Baca juga:
- ‘Lahir di Malaysia, tapi…’- Lelaki luah rasa kecewa fikir masa depan
- Siti Mastura gagal rayuan kes fitnah pemimpin DAP
- Lelaki maut, lima ahli keluarga cedera kereta terjunam gaung
‘Sudah tiga tahun’
Mengulas lanjut, Sanusi berkata walaupun pengumuman seperti penurunan harga minyak dan bantuan tunai wajar dihargai, namun rakyat tetap akan turun berhimpun atas pelbagai isu lain.
“Tapi saya ingat lagi, Anwar umum dulu masa-mula jadi PM, harga minyak akan turun, sekarang sudah tiga tahun, turun juga sikit, terima kasih. Saya ulang, sudah tiga tahun,” katanya.
Beliau bagaimanapun belum mengesahkan kehadirannya pada himpunan tersebut dan berkata ia bergantung kepada kelapangan sekiranya tiada program rasmi pada hari berkenaan.
Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan beberapa inisiatif termasuk:
- Harga RON95 turun 6 sen kepada RM1.99 seliter sebelum akhir September.
- Bantuan RM100 secara one-off kepada semua warganegara berumur 18 tahun ke atas menerusi MyKad bermula 31 Ogos.
- Kadar tol di 10 lebuh raya kekal dan kos ditanggung kerajaan lebih RM500 juta.
- Cuti tambahan sempena Hari Malaysia pada 15 September.
Sumber: Sinar Harian











