Kerajaan umum Bantuan Tunai RM100 untuk semua rakyat dewasa mulai 31 Ogos | The Reporter

Kerajaan umum Bantuan Tunai RM100 untuk semua rakyat dewasa mulai 31 Ogos

Dua tangan memegang dan mengira wang kertas RM50 Malaysia di atas permukaan meja kayu.
Bantuan tunai RM100 secara one-off diagihkan kepada semua rakyat dewasa mulai 31 Ogos 2025 melalui MyKad. | Gambar hiasan

Sejarah tercipta: Bantuan tunai untuk semua rakyat dewasa

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kerajaan mengumumkan satu inisiatif luar biasa sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025 apabila semua warganegara berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one-off melalui MyKad, di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Berbeza dengan bantuan isi rumah sebelum ini, kali ini setiap individu dewasa akan menerima bantuan tanpa mengira pendapatan, termasuk pasangan suami isteri dan anak-anak dewasa dalam satu keluarga.

Bantuan ini boleh digunakan mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2025 di lebih 4,100 kedai seluruh negara termasuk pasar raya seperti Mydin, Lotus, Econsave, 99Speedmart serta pelbagai kedai runcit tempatan.

Baca juga:

RM2 bilion manfaatkan 22 juta rakyat

Dengan sasaran 22 juta penerima, langkah ini melibatkan peruntukan RM2 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan untuk STR dan SARA bagi 2025 meningkat kepada RM15 bilion, berbanding RM13 bilion sebelum ini. Ini juga kali pertama dalam sejarah negara bantuan tunai diagihkan kepada semua rakyat dewasa tanpa syarat pendapatan.

Kerajaan turut menyatakan hasrat untuk mengagihkan semula jumlah yang tidak dibelanjakan menjelang hujung tahun kepada golongan rentan pada tahun hadapan, bagi memastikan bantuan disalur kepada mereka yang paling memerlukan.

Sumber: Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Related Posts