'Semoga Allah ampunkan kau berdua' - Bekas isteri Hafidz Roshdi cedera di bahagian muka akibat dikasari? | The Reporter

‘Semoga Allah ampunkan kau berdua’ – Bekas isteri Hafidz Roshdi cedera di bahagian muka akibat dikasari?

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, 29, memuat naik gambar di Instastory yang memaklumkan dirinya mengalami kecederaan di bahagian muka. Namun tidak dijelaskan apa puncanya. 

Menurut hantaran itu, Nurul Shuhada kini sedang berada di hospital untuk menerima rawatan dan jelas kelihatan pada gambar bahagian wajah kirinya dibalut. 

Baca: Pelakon tumbuk muka isteri 3 kali hanya kerana mangsa jawab panggilan telefon ketika sedang berbincang dalam kereta

Dalam kenyataan pada gambar, Nurul Shuhada memohon maaf kepada rakan dan pelanggannya yang dia tidak dapat memberikan kerjasama dan tanggungjawab buat seketika. 

“Shu akan beri kerjasama penuh selepas selesai semua rawatan. Doakan Shu kuat,” katanya. 

Pada hantaran seterusnya, Nurul Shuhada memuat naik gambar penumbuk berdarah dengan kapsyen, “Semoga Allah ampunkan kau berdua,”. 

Sebelum itu, Nurul Shuhada ada memuat naik kenyataan berhubung kes yang sedang dihadapinya di mana rumah tanggannya runtuh akibat orang ketika. 

“Yeap, penyondol always penyondol! Maaf dekat Humairah dan Umar? No, penyondol akan sentiasa penyondol. Kali ini I sendiri akan cakap, bukan dari orang lain since I dah bercerai. Mari kita lihat kehidupan penyondol selepas ini!” katanya. 

Baca: ‘Maaf dekat Humairah & Umar? No, penyondol akan sentiasa penyondol!’ – Nurul Shuhada tuju pada Athira Yuhada

Terdahulu media melaporkan isteri kepada pelakon mendakwa dia ditumbuk oleh suaminya di bahagian muka sebanyak tiga kali hanya kerana dia menjawab panggilan telefon semasa sedang berbincang di dalam kereta. 

Akibat dari kejadian itu, mangsa terpaksa mendapatkan rawatan di hospital sebelum membuat laporan polis. 

Sumber: Instagram Nurul Shuhada Mat Shukri

Leave a Reply
Related Posts