Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, mendakwa rumah miliknya telah diceroboh oleh individu tidak dikenali (disyaki warga asing) dan dijadikan lokasi kegiatan tidak bermoral serta penyalahgunaan dadah.
Dalam satu video yang dimuat naik ke TikTok, Aliff menyatakan wanita yang dipercayai warga asing itu membawa masuk lima lelaki ke rumahnya dan menggunakan kemudahan serta harta miliknya tanpa izin. Dia juga meluahkan rasa kecewa kerana rumah tersebut dijadikan tempat tidak bermoral.
“Dia masuk rumah saya, guna harta saya dan lepas itu dia bercengkerama dengan lima lelaki. Dia ni menjual diri dengan lima orang lelaki.
“Kenapa kamu datang ke rumah saya? Datang dan bawa lima lelaki, kenapa?! Pakai seksi-seksi ni kenapa? Kenapa masuk rumah saya?” katanya dalam video.
Menurut Aliff, dia tidak menyangka rumahnya menjadi sasaran dan menimbulkan dilema sama ada perlu mengambil tindakan undang-undang atau memaafkan wanita berkenaan.
Baca juga:
- Catatan doa dan persiapan Haji Lisa Surihani raih perhatian
- Roy Azman anggap filem Konspirasi pengalaman bermakna
- Filem Konspirasi didakwa henti tayangan, Sarimah Ibrahim luah rasa kecewa
Mengaku Aliff sebagai pasangan
Beberapa pengguna media sosial berkongsi kronologi kejadian yang mereka dengar melalui siaran langsung Aliff Syukri sebelum ini. Berdasarkan perkongsian tersebut, rumah berkenaan dipercayai terletak di kawasan kampung dan tidak didiami sesiapa pada waktu kejadian.
Tindakan itu menimbulkan pelbagai andaian, termasuk dakwaan netizen bahawa wanita terbabit seolah-olah ‘mengaku’ Aliff sebagai pasangan, meskipun tanpa sebarang bukti jelas.
Ada juga dakwaan kononnya wanita itu membuat fitnah bahawa Aliff ingin berkahwin dengannya di Kemboja, namun ramai penonton menganggap bahagian itu sebagai mengarut dan tidak masuk akal.
Netizen turut mempersoalkan bagaimana wanita tersebut boleh memasuki rumah Aliff dengan begitu mudah, tanpa sesiapa menyedari atau menghalangnya. Ada yang mempersoalkan sistem keselamatan di rumah berkenaan serta kemungkinan ia berlaku disebabkan rumah itu dibiarkan kosong.
Tak baik buka aib pelaku – Netizen
Reaksi orang ramai terhadap tindakan Aliff memuat naik video pendedahan itu ke media sosial mencetuskan pelbagai pandangan. Ada yang menyokong tindakan tersebut dengan alasan ia memberi kesedaran kepada masyarakat tentang potensi bahayanya pencerobohan harta dan aktiviti tidak bermoral.
Mereka berpendapat bahawa pendedahan seperti ini membolehkan masyarakat mengenali wajah pelaku, seterusnya mencegah kejadian sama berulang ke atas orang lain.
Namun begitu, ada juga pandangan yang menyarankan agar perkara seperti ini tidak dihebahkan secara terbuka di media sosial. Menurut mereka, walaupun seseorang itu melakukan kesalahan besar, membuka aib secara umum tidak seharusnya menjadi jalan penyelesaian. Sebaliknya, serahkan kes itu kepadakepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Sumber: Aliff Syukri








