Penyanyi rap antara 3 rakyat Malaysia ditahan di Laos, disyaki seludup 86kg ganja | The Reporter

Penyanyi rap antara 3 rakyat Malaysia ditahan di Laos, disyaki seludup 86kg ganja

Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay di Vientiane, Laos
Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, lokasi penahanan tiga rakyat Malaysia termasuk individu yang dikaitkan sebagai penyanyi rap.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tiga rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Vientiane pada 27 Mei lalu selepas didapati membawa 86 kilogram ganja yang disembunyikan dalam enam bagasi. Mereka ketika itu berada di Laos sebagai lokasi transit sebelum meneruskan perjalanan ke Jerman.

Pemeriksaan imbasan rutin di lapangan terbang menemui 103 bungkusan ganja yang dibalut dan disusun rapi dalam setiap beg. Rampasan ini dikatakan antara yang terbesar direkodkan pihak berkuasa Laos tahun ini.

Laporan daripada Utusan Malaysia mendakwa, salah seorang suspek merupakan penyanyi rap tempatan dan ahli kumpulan muzik. Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Laos atau kerajaan Malaysia berhubung dakwaan tersebut.

Identiti sebenar ketiga-tiga suspek masih dirahsiakan. Mereka kini ditahan dan disiasat mengikut undang-undang tempatan, yang diketahui sangat tegas dalam kes berkaitan dadah.

Kedutaan Malaysia di Vientiane dilaporkan telah dimaklumkan dan sedang memantau perkembangan kes ini dengan rapi. Sehingga kini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri mengenai status ketiga-tiga individu terbabit.

Kes ini dijangka terus menjadi perhatian ramai, terutama jika benar melibatkan individu dikenali dalam industri hiburan tempatan.

Related Posts