Wanita buat laporan polis dakwa disamun, rupanya mahu elak bayar hutang, sewa rumah | The Reporter

Wanita buat laporan polis dakwa disamun, rupanya mahu elak bayar hutang, sewa rumah

Hasil siasatan mendapati laporan berkenaan adalah laporan palsu
Siasatan polis mendapati laporan dikemukakan adalah palsu. Gambar hiasan.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Gara-gara mahu mengelak daripada membayar hutang dan sewa rumah, seorang wanita sanggup membuat laporan polis palsu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suri rumah berusia 57 tahun itu mendakwa disamun oleh seorang lelaki dan seorang wanita yang menaiki kereta berwarna hitam serta bersenjatakan pemutar skru.

“Berdasarkan laporan diterima, wanita tersebut mendakwa wang tunai RM1,500 dan barang kemas miliknya telah dilarikan oleh suspek dalam kejadian yang dikatakan berlaku berhampiran padang Taman Pandan Damai,” katanya.

Namun begitu, hasil siasatan lanjut mendapati tiada kejadian samun berlaku.

Tambah Wan Mohd Zahari, wanita itu membuat laporan palsu demi kepentingan peribadi dan didapati berada dalam keadaan waras semasa laporan dibuat.

Terdahulu, satu hantaran tular dimuat naik oleh seorang individu yang dipercayai menantu kepada wanita tersebut memaklumkan tentang kejadian yang menimpa ibu mentuanya.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts